Monday, August 31, 2009

Merdeka!Merdeka!Merdeka


[malam merdeka ke 52... gambar dari DUNIATIGER.blogspot]

Sambutan kemerdekaan tahun ini di adakan dalam suasana yang sederhana. Diperingkat kebangsaan diadakan di Kawasan Parlimen sahaja. manakala diperingkat negeri nampak kurang meriah dengan sambutan orang ramai yang kurang memberangsangkan. Mungkin bulan puasa..tapi apa yang dilihat semangat tuk meyambut hari Kemerdekaan kurang, ini dapat dilihat daripada kurangnya penglibatan orang ramai dalam mengibarkan bendera. Klu tahun-tahun sebelum ini meriah dengan bendera-bendera di premis perniagaan, rumah kediaman, kenderaan dan sebagainya..tapi tahun ini..kurang...

Apa pun saya percaya...Semua Orang inginkan kemerdekaan ini kekal. Tapi harap juga semua orang tidak leka dengan keamanan dan kemewahan yang dikecapi sekarang.

Kunjungan Balas ke Rumah Kak Yam

Pada malam 31 Ogos kami anak beranak mak membuat kunjungan balas ke rumah kak yam untuk berbuka puasa... Wah di sana lagi sakan.... gulai ikan talang kering, sotong dan udang goreng tepung, goreng ikan darat [ ni naim punya pukulan... satu hari 4 kali angakat pukat...iakn keli , puyu mainan nyer]..siap boleh jual lagi....buah melaka dan lagi... x ingat daaaaaaaaa..

bertolak balik ke rumah dalam kul 10.00 malam..

Alhamdulillah selamat sampai dan minggu depan juga Ummi Atirah [ anak kak Yam yang bongsu akan menduduki peperiksaan UPSR.. semoga berjaya]

Majlis berbuka Puasa

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik akhirnyer di beri Allah peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini sehingga sekarang 10 ramadhan. Malam Khamis yang lalu semua berkumpul berbuka puasa umah mak. Kak Yam sekeluarga, Pak Su Mud sekeluarga, Kak Charg sekeluarga, kak Cik dan anak beranaknya dan juga kak Wa dan suaminye..Abg Li.

Apa lagi masing-masing tunjuk skill jadi chef la hari tu.. So menu nya ; Kuew teow goreng [kak charg], kerabu pucuk paku + toge + paku rawan [sumbangan pak su mud...chef .. Mak], goreng cempedak tanpa biji [kak yam], cok kodok [ kak cik], sup tulang [ mak] , goreng daging[mak].... dan tak lupa air soya [Ina]

Dengan gabungan chef-chef yang terkemuka maka majlis berbuka puasa kat umah mak berjalan lancar.. alhamdulillah..

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Menyambut Puasa Ramadhan


Selamat berpuasa buat semua sanak sedara dan teman sahabat handai.... tak Lupa buat abang yang jauh diperantauan.... Anda sentiasa dalam ingatan.. Moga abang ceria dan sihat, dan dapat jalani ibadah puasa.. ameen

Saturday, August 15, 2009

cabai or cili

sekarang ni dah mula kemarau. jadi kutipan cili semakin meningkat. dan hari jumaat baru ni kutipan meningkat ke 38 kilo... tapi harga pula turun. Satu pemborong tu ambil RM5/kilo dan RM5.50/kilo tapi alhamdulillah jangan sampai turun banyak sangat..tak sanggup..

Thursday, August 13, 2009


ni cili yang patah...first time ribut... ada lagi..yang aku citer sampai 50 biji tu.. tapi x ada gambar nk tunjuk. tuk pokok yang condong tu nnt aku ambik gambar len.
ermmm.. setelah beberapa hari tak hujan... semakin hari cili semakin banyak. aku kutip berselang hari kecuali klu ada beberapa jiran tetangga yang minta nak beli singgit dua... dan terbaru aku dapat mengutip lebih kurang 32 kilo.. tapi tu aaa.. cili telahpun kembali ke harga asal. RM 6.50. Apa pun alhamdullillah..

Kerja kutip mengutip cili pun boleh tahan gak.. ye la ... memandangkan angin kuat hari tu.. cili ku condong dan bertindan.. dan juga jarak yang rapat .. menyulitkan untuk mengutip cili.. klu tak kena gaya terlanggar cili yang masih muda.. adussss

Ada pula.. x nampak sampai akhirnyer kemerahan... nnt aku upload gambar ciliku yang hampir rebah dipukul ribut.. huhuhuhu....hu huh/....

Sunday, August 9, 2009

Harga cili meningkat lagi





Harga cabai besarg naik lagi ... alhamdulillah. daripada RM6.50 pada permulaa kini meningkat kepada RM8.00 ke RM8.50 untuk jualan borong di kawasan aku.

Alhamdulillah. Aku kutip cabai besarg ku ni 2 hari sekali. Kali ke 3 baru ni boleh 10 kilo juga macam dengan kali kedua. tapi masa tu harga cabai RM7.00 sekilo dan hari ni kali keempat aku kutip.,... hehe.. bertambah.. 15 kilo. pertambahan hasil kutipan dan juga peningkatan harga kepada RM8.00 buat aku rasa amat bersyukur. aku berharap harga ini samada akan terus meningkat atau kekal di tahap ini rasanya cukup berbaloi.

Bukan apa.. mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu menyebabkan keluaran cabai berkurangan. So ini akan menyebabkan kenaikan harga..

hari tu aku janji nak attach gambar/.... ok bersama ni aku attach gambar tuk kali ketiga yang dikutip hari tu...

Wednesday, August 5, 2009

Jual cabai...

Hasil cabai dah mula dituai. Kutipan pertama 3900 gram (3.9 kg) dan malam ni merupakan kutipan kedua dengan 10 kilo. alhamduliilah akhirnyer leh juga merasa hasilnyer.

x dapat nk upload gambar disini..mungkin lain kali sbb tak ada kamera.. kak charg da bawa balik umah dah.. nanti le klu ata rezeki dayat uploadkan gambar.

Saturday, August 1, 2009

Dugaan


Hari ini genap 82 hari usia ciliku ni... dah nak boleh kutip dah.. dalam keterujaan menanti hari... angin kuat menyebabkan beberapa pohon ciliku patah... ermm dugaan dan kuambil dahannya yang patah dan minta mak bilang... berapa satu dahan tu... 50 biji...adussss sayangnyer... Tapi itulah dugaan dan cabaran

So keesokannyer terpaksa aku dan ayah menambah kayu untuk membantu pokok kembali tegak...
Ha tu la... jangan syok sangat.

Moral : 1... kena ikut cakap orang yang lebih arif
2. Jangan overrrr syok sangat.. heheheheheheh