Tuesday, July 28, 2009

Salam

Dalam menghitung hari untuk mengecap keluaran sulung aku menerima kunjungan daripada pihak RISDA pada petang kelmarin. setelah melihat hasilnyer. pegawai tersebut mempelawaku ke Pejabat Risda untuk membuat permohonan bantuan. ALHAMDULILLAH.. moga rezeki menyebelahi ku dan keluarga ku.

Ingin rasa berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman yang memberi kekuatan kepada aku untuk memulakan projek ini.. dengan sokongan yang kuat daripada ahli keluarga terutama Kak Charg dan Abang Zamani yang banyak menyumbang dari segi modal [ maklum lah aku tidak ada sedikit pun modal], sumbangan tenaga daripada ayah, mak dan isteri, sumbangan ilmu dan tenaga daripada abang Nan dan rakannya, sumbangan ilmu juga daripada 6 sahabat... membolehkan aku berada ditahap ini.. Tak pernah ku mimpi yang aku mampu melakukan.. CUma ku mohon padaMu ya ALLAH berilah aku kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk aku meneruskan apa yang telah aku mulakan ini. Peliharalah aku daripada anasir-anasir yang tidak baik ataupun daripada leka kepadaMU.. ameen..

Apa yang dapat kusimpulkan: Untuk mengecap kejayaan... berdampinglah dengan orang-orang yang berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak kejayaan itu akan terpalit juga pada kita. Insyaallah

Monday, July 27, 2009

menunggu hari-hari.....







dah besar daaaaaaaaa...







Bulan Pertama

Setelah selesai sehingga kepada menanam ank benih..bermulalah episodku dengan ank-anak benih... dengan pelbagai cabaran aku mula mengutip pengalaman menjaga cili-ciliku sebanyak 500 pokok. Mulai saat ini aku mula berjinak-jinak dengan agensi kerajaan yang terlibat untuk mendapat khidmat nasihat, selain abang Nan yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku secara online...ye apa lagi ..tipon aaaaaaaaaa.. terima kasih abang nan kerana beriku peluang ini... Hanya ALLAh yang membalasnyer.

Aku juga berjumpa dengan usahawan tani yang tak lokek berkongsi ilmu iaitu 6 sekawan dari Hujung Bandar. Mereka lah rujukan terdekatku selain abg Nan

Tanam anak cili







PERMulaan ......








Dengan bantuan abg Nan dan rakannya daripada Bagan Serai.... paip untuk penyaluran baja dan air di pasang...


Pembersihan Tapak


Dengan bantuan ayah..aku memulakan pembersihan tapak untuk tanam cili

Sunday, July 26, 2009

Bagaimana Bermula

Jemputan sahabat merangkap abang yang sentiasa mengambil berat...... ke Bagan Serai buat aku mula teruja dengan aktiviti ini.... Bermula dari detik dan saat itu aku mula berjinak-jinak dengan tanaman ini. Dengan tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada Abang Nan akhirnye aku dapat mengukir senyuman pada hari ini... terima kasih dan Syukur padaMU ya ALLAH.

Dengan Limpah rezeki dan peliharaan daripadaMu aku berjaya mengharungi perit getir ini.