Saturday, June 12, 2010

FIFA 2010

sekarang demam piala dunia bermula.... so kena buat pilihan yang tepat antara tuntutan kerja dengan minat..Bukan apa kerjaku sebagai petani ni menuntut tenaga dan rehat yang cukup supaya dapat menyambung kerja2 keesokan hari tanpa rasa letih, penat dan lesu..

Kalau tidur terlalu lambat..alamatnyer..kerja-kerja tergendala.... sekarang sedang melakukan kerja-kerja memasukkan media kedalam polybag.... klu tergendala yang ini maka masa yang panjang terpaksa diambil...kering poketku nanti..

DOA kan kejayaan ku....

Kursus EM @ bananabank


Sunday, January 3, 2010

Lagi Gambar Pisang

anak-anak pisang yang dah siap dimasukkan dalam polybag

anak-anak pisang yang baru di cabut

proses memotong dan memeriksa anak pisang....klu2 ada ulat

cabang pertanian baru ku

Anak benih yang dipindahkan ke polybag

Dah mula membesar


anak benih yang baru

Setelah lama aku tidak berkesempatan untuk berkongsi, haaaa...ingat malam ni nak kongsi sesuatu dengan pembaca sekalian... sebenarnya kesibukan dengan kerja-kerja harian buat aku x sempat nk upload gambar di sini..

Sekarang pokok-pokok cabaiku dah pun dibuang... aku gantikan dengan timun... nk masukkan gambarpun tak comel lagi... nnt la yang tu akan diusahakan kemudian.

Apa yang ingin ku kongsi sekarang ialah haaaaa... semaian benih pisang berangan dan pisang emas..

Sunday, December 13, 2009

Lawatan sambil belajar


Hari ini aku mengikuti lawatan sambil belajar bersama dengan rakan-rakan tajaan Pejabat Pertanian Daerah. Lawatan kali ini ialah ke Johor dan Selangor...... lawatan ini untuk meninjau tanaman fertigasi yang diusahakan oleh petani di sana.

harap-harap pengalaman yang ditimba akan memberi pengalaman yang bermanfaat untuk aku meneruskan usahaku....










Tuesday, October 27, 2009

Orang Baru


Sudah lama tidak menulis.. kesibukan menyambut aidil fitri dan kemudian kehadiran orang baru membuatkan aku terlupa seketika tentang hal -hal menulis ni. Nor Asma Batrisya....

Thursday, September 24, 2009

Menunggu dengan penuh Debar

Dua Hari sebelum raya,, bawa Ina pergi ke klinik untuk wat pemeriksaan... ternyata bacaan gula dlm darahnyer meningkat hingga 12 so terpaksa di tahan di wad. So Malam tu amir tidur kat umah nasib baik dia tidak meragam.... bila di tanya ke mana umi... Tok cakap umi pi cucuk..amir kata dia kena cucuk kat sini ( ditunjuknyer bahu dia)...sakit... so lepas tu dia dah x kacau nak tanya uminyer lagi...

Dan hari ini..[hari raya ke 5] Ina masuk wad kerana terasa sakit-sakit.. harap-harap dimudahkan untuk Ina bersalin.....

Petang tadi selepas menghantar Ina ke hospital, kak wa bersama mak, kak cik, ayam katik [nurin], amir dan safarina ke billion...shopping barang Safarina. danterus hantar barang ke rumah kak charg...

Sok Paina... akan berangkat ke Miri....
Kak Charg kena antar kat KLIA...cian kak charg..letih gak tu..balik ari ahad terus skul...